Skip to main content

SW 82 PRODUK OVERVIEW

SW82 Diformulasi secara unik daripada 100% EKSTRAK RUMPAI LAUT dengan MIKROBA BERMANFAAT

 

Bahan Aktif Utama (Active Complex)

Ekstrak Rumpai Laut Premium 100% Tulen

Kaya dengan sebatian bioaktif semula jadi (hormon tumbuhan, nutrien makro & mikro, serta sebatian bio) yang menyokong pertumbuhan dan meningkatkan ketahanan terhadap tekanan persekitaran.

Mikrob Berfaedah

Mikroorganisma efektif yang memacu proses fermentasi dan menghasilkan metabolit yang menyokong pertumbuhan tanaman.

Teknologi Kami

Melalui hubungan sinergi antara dua bahan utama ini, proses fermentasi meningkatkan ketersediaan bio (bioavailabiliti) bahan aktif daripada rumpai laut dan menghasilkan spektrum lebih luas asid organik, hormon, enzim dan molekul isyarat yang boleh diserap dengan cepat oleh tanaman.

Hasil Akhir: Campuran rumpai laut + metabolit EM1 yang menyuburkan akar, memperbaiki struktur tanah, meningkatkan kesihatan & hasil tanaman serta mengaktifkan sistem pertahanan semula jadi tumbuhan.


Cara SW82 Berfungsi 

1. Pemulihan tanah - Hasil Fermentasi rumpai laut dan mikrob Aktif meningkatkan kepelbagaian mikroba serta struktur tanah, sekali gus menyokong kitaran nutrien yang lebih baik.

2. Pengaktifan akar - Hormon semula jadi daripada rumpai laut dan metabolit hasil dari fermentasi merangsang pembentukan akar dengan lebih pantas serta menghasilkan sistem akar yang lebih tebal dan dalam.

3. Pengaktifan Sistem Imun - Molekul isyarat semula jadi membantu mencetuskan tindak balas pertahanan dalaman tumbuhan, meningkatkan toleransi terhadap tekanan biotik dan abiotik.

4. Penggunaan nutrien secara efisien Asid organik terfermentasi & chelating compounds membantu tumbuhan menyerap nutrien dengan lebih berkesan, menghasilkan pertumbuhan vegetatif yang lebih kukuh dan hasil tuaian yang lebih tinggi

AA47 PRODUK OVERVIEW

Kuasa organik berprotein tinggi untuk pertumbuhan lebih pantas, tanaman lebih sihat, dan hasil lebih berkualiti.


Komposisi Utama & Teknologi 


1. Asid Amino Ikan (FAA)

  • Membekalkan sumber nitrogen organik yang kaya, penting untuk pertumbuhan vegetatif.
  • Mengandungi peptida bioaktif dan asid amino yang meningkatkan penyerapan nutrien serta merangsang perkembangan akar.
  • Membekalkan hormon semula jadi yang menggalakkan pembahagian sel dan pembesaran daun..


2. Mikrob Berfaedah 

    • Memperkenalkan komuniti mikrob hidup yang membantu proses pemulihan tanah.
    • Meningkatkan kitaran nutrien (penetapan nitrogen, pelarutan fosforus).
    • Menguatkan sistem imun tumbuhan dengan menekan patogen berbahaya.


Teknologi Kami - Double Fermentation FAA

  • Memastikan ketersediaan nutrien yang tinggi - pantas serapan nutrien
  • Meningkatkan komuniti mikrob baik berganda - tingkatkan kesuburan tanah
  • Menghasilkan sebatian bio-perangsang yang meningkatkan ketahanan terhadap tekanan, menggalakkan pertumbuhan express & hasil yang berkualiti

 

Cara AA 47 Berfungsi


1. Protein & Amino Acid - Penggalak Pertumbuhan Semulajadi

  • Membekalkan kepekatan tinggi protein dan asid amino.
  • Diserap terus oleh sel tumbuhan, merangsang penghasilan enzim, pembentukan klorofil dan kecekapan fotosintesis.


2. Pengaktifan Zon Akar (Kesan Rizosfera)

  • Aktiviti mikrob meningkatkan struktur & kesuburan tanah, mempercepat pertukaran nutrien di zon akar.
  • Akar menyerap nutrien dengan lebih pantas, menghasilkan sistem akar yang lebih kuat serta penyerapan air/nutrien yang lebih efisien.


3. Penyerapan & Metabolisme Tumbuhan yang Lebih Tinggi

  • Proses Double Fermentation memecahkan protein ikan kepada peptida dan asid amino yang sangat mudah diserap – memberi kesan lebih cepat dan ketara.
  • Mikroorganisma berfaedah menambah kepelbagaian mikrob tanah dan menetapkan nutrien untuk kegunaan tanaman.


4. Imuniti & Ketahanan Terhadap Tekanan

  • Sebatian bioaktif dan mikrob dalam AA47 membantu tanaman melawan serangan perosak, penyakit serta tekanan persekitaran (haba, kemarau, kemasinan).
  • Mengurangkan kebergantungan kepada racun kimia dan baja sintetik.


5. Peningkatan Hasil & Kualiti

  • Menggalakkan pertumbuhan lebih rancak, Hasil lebih tinggi & berkualiti, tanaman lebih teguh serta amalan pertanian yang lebih lestari